Perkhidmatan PSS

PERKHIDMATAN DAN KEMUDAHAN 
dikemaskini pada 6 Ogos 2013.

Jenis-jenis perkhidmatan yang terdapat di Pusat Sumber Sekolah.

1. Perkhidmatan Sirkulasi Bahan
Sirkulasi bahan di sesebuah PSS perlu mengambil kira saiz koleksi, jumlah pengguna dan keperluan pengguna.

Sirkulasi bahan terdiri daripada:
• Pinjaman biasa
• Pinjaman khas
• Pinjaman berkelompok

2. Perkhidmatan Khidmat Nasihat / Rujukan
Khidmat nasihat / rujukan perlu diberi kepada warga sekolah berkaitan perkara berikut :
• Pemilihan bahan
• Pencarian maklumat
• Rekabentuk, pembinaan dan penggunaan bahan P&P
• Penggunaan peralatan teknologi maklumat dan komunikasi

3. Perkhidmatan Kesedaran Semasa
PSS menyediakan perkhidmatan kesedaran semasa untuk memaklumkan kepada warga sekolah berkaitan maklumat atau judul terkini yang terdapat di PSS.

Perkhidmatan ini disediakan melalui sumber berikut :
• laman web sekolah / PSS / Facebook Sekolah
• senarai bahan terkini
• abstrak dan indeks bahan terpilih
• pangkalan data bibliografi sumber PSS
• pameran buku baru

4. Perkhidmatan Pendidikan Pengguna
Program pendidikan pengguna disediakan secara terancang dan berterusan untuk memaklumkan warga sekolah berkaitan program, aktiviti dan perkhidmatan PSS di samping memberi kemahiran kepada mereka berkaitan penggunaan kemudahan PSS dan pencarian maklumat.

5. Perkhidmatan Papan / Sudut Maklumat
Akses kepada maklumat sekolah / PSS disediakan melalui papan / sudut maklumat yang ditempatkan di lokasi yang strategik.

6. Perkhidmatan Pengurusan Sumber Maklumat
Perkhidmatan ini disediakan mengikut keperluan dan kemampuan sekolah. Akses kepada pangkalan data sumber maklumat pelbagai bidang ilmu sama ada dalam atau luar negara perlu disediakan melalui laman web sekolah atau PSS.

7. Perkhidmatan kemudahan bilik / ruang
Perkhidmatan ini disediakan untuk menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.

Perkhidmatan yang boleh disediakan oleh PSS adalah seperti berikut :
    • Bilik Tayangan / Audio Visual / Multimedia
    • Pusat Akses Kendiri
    • Sudut Bercerita / Aktiviti
    • Sudut / Bilik Perbincangan
    • Bilik Rakaman

      8. Perkhidmatan Reprografi
      Perkhidmatan ini disediakan untuk percetakan, memuat turun maklumat digital dan membuat salinan bahan.

      9. Perkhidmatan Akses Maklumat
      Perkhidmatan ini disediakan untuk mengakses maklumat menggunakan kemudahan Internet atau Intranet.


      -------------------------------------------
      Pusat Sumber Induk (Meliputi Perpustakaan Induk, Bilik Tayangan dan Pusat Akses)

      PERPUSTAKAAN INDUK

      Ruang bacaan, sirkulasi bahan buku , ruang pameran, rujukan bahan buku, majalah, akhbar, risalah, buletin, keratan akhbar, bank soalan, kertas kerja, kertas persidangan, kamus, jurnal, pinjaman pukal, tontonan TV Pendidikan & Astro Learning khidmat nasihat dan kemahiran maklumat.

      PUSAT AKSES

      Sistem komputer yang cemerlang disediakan untuk perkhidmatan yang sempurna.

      Penggunaan komputer untuk P & P, Akses internet, Aplikasi Burner DVD/CD (DVD-R/CD-R), Perkhidmatan Pengimbas bersaiz A4, Menghasilkan bahan P & P multimedia, Menonton web TV Pendidikan.

      BILIK TAYANG

      Television 29-inch dan Portable DVD player.


      Ruang P & P, khidmat rakam salin siaran TV Pendidikan, kemudahan pinjaman dan penggunaan bahan media elektronik

      ________________________________

      Bilik-bilik Khas (Bilik BOSS, Teratak Bahasa, Bilik PPSMI, Bilik Mesyuarat, Makmal Komputer, Bengkel)


      MAKMAL KOMPUTER

      ICTL, Pengimbas Berwarna A4, Tayangan Projektor.


      ______________________________________________________

      3. Projek khas (Meliputi beberapa projek tertentu yang melibatkan PSS bersama unit-unit lain. Antaranya ialah Info PSS di kantin, Kolam Harapan, Detik Debar dan sebagainya)
      4. Laluan Ilmu (Setiap laluan di kawasan sekolah berfungsi menyebarkan ilmu melalui kata-kata hikmat di sepanjang laluan dan lorong bangunan sekolah)
      5. Taman Ilmu (Antaranya ialah Taman Herba, Taman Burung dan wakaf-wakaf teduhan di sekitar kawasan sekolah)

      Surau.



      Sumber rujukan http://bibliografi.moe.edu.my/SumberPendidikan/index.php.