Informasi PSS

PUSAT SUMBER SEKOLAH

Pusat Sumber Sekolah merupakan satu tempat  menjalankan aktiviti yang menuju ke arah melaksanakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan.  Ia merupakan satu konsep yang banyak menumpukan kepada pengurusan yang sistematik, berpusat dan menyeluruh yang dapat memberi faedah dan perkhidmatan yang maksima kepada guru-guru dan pelajar.Pusat sumber sekolah berfungsi sebagai pengumpul, penyusun dan penyimpan maklumat dalam satu sistem yang senang difahami dan mudah dikesan.  PSS juga bertindak sebagai penyebar bahan-bahan maklumat dengan cepat dan segera apabila  diperlukan. Pusat sumber adalah sebagai satu sistem perkhidmatan yang membolehkan semua pihak di peringkat sekolah mencapai matlamat-matlamat kurikulum.  Fenomena ini akan  menggalakkan perkembangan intelektual, rohani, emosi dan jasmani yang seimbang.

PENDAHULUAN
Pusat Sumber Sekolah (PSS) merupakan agensi yang penting dalam institusi sekolah yang menyediakan pelbagai bahan, khidmat dan kemudahan pengajaran serta pembelajaran.  Sesebuah pusat sumber memerlukan pengurusan yang cekap dan sistematik.  Pembentukannya adalah dengan tenaga dan daya usaha semua guru dan tidak seharusnya  dipikul oleh guru pusat sumber sekolah sahaja.  Setiap guru seharusnya mempunyai pengetahuan tentang pusat sumber sekolah agar dapat memberikan sumbangan kepada kemajuan pusat sumber sekolahnya.

 KONSEP PSS
Pusat Sumber Sekolah merupakan tempat yang sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran.  Pusat sumber sekolah biasanya dilengkapi dengan pelbagai jenis bahan yang bertujuan menambahkan maklumat semasa proses pengajaran dan pembelajaran.  Pusat Sumber Sekolah juga merupakan satu sistem perkhidmatan untuk membolehkan pihak sekolah mencapai matlamat-matlamat kurikulumnya.
 




MOTTO


SK. SERI PADANG SARI
 terbilang melalui
 Pusat Sumber Sekolah






MISI


  
Untuk melahirkan masyarakat
bermaklumat dan berilmu
menerusi penerokaan dan
 penjanaan maklumat



 VISI  


PSS  sebagai pusat maklumat,
 rujukan, penyelidikan dan 
graha ilmu.




"PIAGAM PELANGGAN"


Kami Ahli jawatankuasa Pusat Sumber SK. Seri Padang Sari penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha untuk :


  • Menggalakkan masyarakat sekolah menggunakan pelbagai kemudahan yang disediakan dalam pengajaran dan pembelajaran di samping meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran (P&P).


  • Mengadakan dan menyediakan kemudahan perkhidmatan yang sesuai dan terkini untuk memenuhi keperluan pelajar-pelajar yang berbeza.
                                 
  • Melatih dan menggalakkan pelajar menggunakan perkhidmatan yang disediakan untuk mengesan maklumat, membuat rujukan, serta menggunakan alat-alat 'hardware' dan 'software'.


  • Berkhidmat sebagai agen penghubung di antara agen perkhidmatan maklumat lain seperti Perpustakaan Awam, Pejabat Penerangan, dan institusi penyebaran maklumat yang lain.


DEFINASI PUSAT SUMBER SEKOLAH



  • Pusat sumber sekolah adalah pengembangan dari perpustakaan sekolah sebagai tempat untuk koleksi bahan cetak. Pusat sumber memberi tafsiran kepada peranannya yang lebih meluas dengan pelbagai bahan secara keseluruhannya ;
  • Pusat sumber sekolah adalah sebuah tempat yang menyediakan kemudahan serta koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran yang diurus secara sistematik.
  • Pusat sumber menyediakan maklumat,perkhidmatan dan peluang bagi memperkukukan pengajaran - pembelajaran untuk penguasaan kemahiran asas serta kemahiran maklumat pendidikan ke arah pembentukan masyarakat berbudaya ilmu,gemar membaca dan berkemahiran belajar sepanjang hayat.
 
KONSEP


Pusat Sumber Sekolah adalah merupakan:

  1. Satu Tempat
  2. Koleksi
  3. Perkhidmatan
  4. Agen Perubahan


OBJEKTIF PUSAT SUMBER SEKOLAH

  • Meningkatkan mutu pengajaran - pembelajaran dan potensi individu serta sahsiah
  • Menggalakan pelajar dan guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran supaya meraka tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja.
  • Memupuk tabiat belajar sendiri,membaca dan menyelidik melalui pencarian dan penggunaan maklumat secara sistematik.
  • Membantu pelajar dan guru menghasil,menilai dan menggunakan pelbagai alatan dan bahan pengajaran - pembelajaran
  • Mengadakan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan pembelajaran yang berbeza di kalangan pelajar - pelajar
  • Melatih pelajar mengguna kemahiran maklumat dalam proses pembelajaran.



FUNGSI PUSAT SUMBER SEKOLAH

  • 1.Mengenal pasti dan menyediakan koleksi bahan untuk keperluan kurikulum dan kokurikulum.
  • 2.Berkhidmat sebagai pusat bahan dan alatan yang boleh digunakan secara individu atau kimpulan dalam proses pembelajaran.
  • 3.Merupakan tempat bahan pengajaran - pembelajaran dapat dipilih dan dinilai untuk kegunaan dalam kelas atau di rumah.
  • 4.Menjadi pusat perhubungan di antara sekolah dengan agensi maklumat lain untuk kegunaan dalam kelas atau di rumah.
  • 5.Memberi panduan mencari,mengguna,menghasil dan mempersembahkan maklumat selaras dengan keperluan kurikulum.
  • 6.Menggalakan dan mempromosikan aktiviti membaca dan kemahiran maklumat.
  • 7.Menyediakan kemudahan untuk menyokong aktiviti pembelajaran.
  • 8.Membuat perancangan supaya koleksi bahan dan alatan selaras dengan keperluan semasa dan perkembangan terkini dalam bidang pendidikan dan teknologi.
  • 9.Membuat perancangan supaya koleksi bahan dan alatan selaras dengan keperluan semasa dan.perkembangan terkini dalam bidang pendidikan dan teknologi.
  • 10.Menyediakan alatan rerografi dan rakamsalin serta memberi perkhidmatan bagi memudahkan proses pembelajaran.



CIRI - CIRI PUSAT SUMBER YANG BERKESAN.

  • Lokasi di tengah - tengah kawasan sekolah agar mudah dan cepat dikunjungi, tidak terpisah dari mana - mana bahagian sekolah.
  • Masyarakat sekolah tahu dan mengenali staf yang mengurus pusat sumber.
  • Terdapat berbagai aktiviti galakan penggunaan pusat sumber dijalankan sepanjang tahun.
  • Masyarakat sekolah merasa senang dan sedia ke pusat sumber untuk mendapat bahan , alatan dan maklumat.
  • Mempunyai koleksi yang sesuai,mencukupi,terkini dan menarik.
  • Perkhidmatan dan koleksi PSS digunakan sepenuhnya dalam proses pengajaran - pembelajaran
  • Masyarakat sekolah memahami peranan PSS sebagai satu khidmat bantu kurikulum.